Teori Pemikiran Ibnu Khaldun Dalam Situasi Di Malaysia
Dalam ruang pembacaan yang sederhana ini, saya ingin mengupas satu catatan kecil daripada sebuah karya besar yang tidak pernah lekang daripada wacana tamadun dunia, iaitu Muqaddimah hasil nukilan Ibn Khaldun. Ketertarikan saya terhadap karya ini bermula beberapa tahun lalu apabila saya terbaca bahawa tokoh teknologi global seperti Mark Zuckerberg menyenaraikan buku ini sebagai antara bacaan penting dalam memahami manusia, masyarakat dan masa depan peradaban.